Karnival Pendidikan Madani Jempol Jelebu 2026

12 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

11 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah terlibat dengan Program Karnival Pendidikan MADANI Jempol/Jelebu yang berlangsung di Kompleks Sukan Daerah Jempol.

Karnival Pendidikan MADANI Jempol Jelebu 2026 merupakan program yang menghimpunkan pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan, teknologi dan literasi digital untuk masyarakat. Di reruai NADI, pengunjung didedahkan kepada Kempen Internet Selamat (KIS) yang memberi kesedaran tentang penggunaan internet secara beretika, perlindungan data peribadi, keselamatan siber serta cara mengenal pasti penipuan dalam talian.

Selain itu, pelbagai permainan interaktif disediakan bagi menguji pengetahuan peserta berkaitan Kempen Internet Selamat. Pengunjung turut diperkenalkan kepada Aplikasi NEXUS oleh MCMC, yang memudahkan untuk membuat ujian kelajuan bagi data mobil mengikut telco yang mereka gunakan.

Program ini juga memberi pengenalan kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), termasuk peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan seperti latihan kemahiran digital, program keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat serta pelbagai inisiatif pembangunan komuniti digital. Karnival ini berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan celik digital dan penggunaan teknologi secara selamat serta bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali